Alhamdulillah, syukur ke hadrat
ilahi. Beberapa tahun lepas seperti kebiasaannya, telah menjadi debaran kepada
setiap mereka yang bergelar graduan di peringkat matrikulasi, untuk menunggu
‘lamaran’ menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.
Universiti Kebangsaan Malaysia
menjadi pilihan utama. Kerana apa? Mungkin kerana UKM terkenal sebagai salah
satu universiti yang kompeten, tambahan dengan beberapa graduasi yang telah berjaya
mencetak nama di peringkat antarabangsa. Tapi saya yakin kebanyakan bekas
lepasan matrikulasi atau asasi akan memilih institusi pengajian tinggi mengikut
rakan-rakan sebaya mereka. Saya memilih UKM sebagai pilihan utama kerana mengikut
pilihan ibubapa. Tidak kisahlah apa rakan-rakan mahu menggelarkan saya `anak
mak’ tapi saya yakin mungkin ada keberkatan apabila saya mengikut pilihan
mereka. InsyaAllah.
Alhamdulillah, Tuhan makbulkan
doa. Namun satu perkara yang tidak pernah terlintas difikiran sebaik surat
tawaran diterima. “ Universiti Kebangsaan
Malaysia kampus Kuala Lumpur? ” . Tidak sangka UKM masih ada cawangan lain
Bangi.
“ UKM kampus KL? ”
“ Kat mana? ”
“ Macam mana la aku
nak hidup kat KL ni. Mak Bapak aku bukanlah orang kaya. Kos sara hidup kat sana
mana la sama dengan kos sara hidup kat kampung ni.”
Syukur, perjalanan ke Kampus UKM
Kuala Lumpur berjalan lancar. Pada hari itu jalanraya penuh dengan kenderaan
berbanding hari kebiasaannya. Kebanyakan kenderaan mempunyai destinasi yang
sama iaitu ke kolej-kolej IPT yang berbeza. Kehadiran pelajar baru disambut oleh beberapa
orang senior yang bertindak selaku petugas pada hari tersebut. Nama di daftar.
Bersua muka dengan pelajar-pelajar baru dari serata negeri. Apabila terjumpa
rakan yang sama dari kolej matrikulasi, kami bergelak ketawa kerana masih dapat
belajar di tempat yang sama. Pelbagai ragam.
Terdetik di hati, nampaknya pelbagai memori baru akan tercipta disini.
Kolej Tun Syed Nasir. InsyaAllah.
Namun, sebagai seorang pelajar
yang berlatarbelakangkan ‘ orang kampung ’, seperti sudah menjadi seakan suatu
sumpahan ataupun taboo mengaitkan
perubahan akhlak dan tingkah laku apabila menjadi orang bandar nanti. Culture shocked katanya. Tambahan pula
dengan mendapat tajaan biasiswa JPA,MARA ataupun PTPTN. Aku dapat rasakan
kehidupanku akan berubah..
“ Hidup kat KL, kawan
dengan bermacam-macam jenis kawan, dapat pulak duit biasiswa.masak la aku~”
“ betul ke? ”
”entah lah…”
Sebulan
pertama di KTSN, Alhamdulillah, masih ada yang menjaga kami selaku pelajar baru.
Bahkan diantara kami juga masih ada yang belum berani-berani ingin mencuba
perkara baru. Namun, apabila masuk ke bulan-bulan seterusnya, mungkin kerana
telah melepasi fasa adaptasi, masing-masing dengan gaya dan cara tersendiri. Masing-masing sudah menunjukkan
identiti sebenar. Itulah hakikat. Pemilihan sahabat menjadi antara faktor utama
survival hidup di universiti. Pilih sahabat yang menjual minyak wangi, kita
terkena wanginya. Pilih sahabat pembuat besi, kita terkena percikan api dan bau
tengiknya.
Inilah perkara yang menjadi kegusaran
pada hati ini, kepada mereka yang cuba
untuk tidak lupa diri. Amanah keluarga harus dipegang erat supaya dapat dicapai
apa yang telah menjadi janji. Iaitu menjadi anak yang Berjaya dan dapat
membantu keluarga masing-masing. Pengalaman pertama yang tidak pernah dirasai,
sudah semestilah mempunyai kumpulan usrah tersendiri. Ketika di matrikulasi
perkataan `usrah’ dianggap asing tetapi disini tidak. Aku perlu berkembang dan
sentiasa memajukan diri sendiri. Jika di matrikulasi aku merupakan seorang yang
pendiam dan kurang keyakinan, disini aku mesti menjadi seorang yang pandai
berkata-kata dan berkeyakinan tinggi. Dengan naqib senior yang telah menempuh
pelbagai pengalaman, kepadanya menjadi rujukan diri ini. Setiap apa yang
menjadi keraguan, kerisauan, kekecewaan, disitu kami kongsikan. Aku sedar
bahawa usrah ini seperti sebuah keluarga. Cukuplah, mereka itulah penjaga
menggantikan ibu-bapa disini. Setiap apa yang dilakukan, seolah terasa
diperhati. Salah silap boleh dibetulkan.
“ Time matrik ko takde
pulak join benda usrah ni bro. What happen?”
“ Saja-saja je join
la. At least ada la orang yang nak tegur dan nasihat aku kalau aku ada
masalah.”
“ Habis kawan-kawan
kau yang tak join usrah ni tak boleh nasihat/tolong kau? ”
“ Boleh je tapi
feeling lain sikit.Teeettt”
Persekitaran
KTSN juga patut diberikan pujian. Pelbagai bentuk program-program islamik
berbentuk ilmiah juga turut dijalankan. Mungkin pujian ini patut diberikan
kepada pihak pengurusan kolej, dan juga beberapa mahasiswa yang
bertanggungjawab memastikan mahasisiwa ini lebih celik dan terdedah kepada
program yang membentuk sahsiah diri. Aku juga perasan yang aku sudah menjadi
seorang yang lebih aktif berbanding menuntut di sekolah dan matrikulasi. Aku
menjadi seorang yang kurang mempunyai masa lapang.
“ Ok la tu kurang masa
lapang, takde la aku banyak masa nak melepak kat shopping complex perabiskan
duit biasiswa aku.”
Belajar
di IPT di dalam kursus ijazah sarjana muda bukanlah perkara mudah. Subjek
adalah lebih sukar berbanding di sekolah dan matrikulasi. Tipikal. Jadual dan
subjek perlu dirangka sendiri sebaik mungkin supaya aktiviti dalam jadual
harian dapat dilakukan dengan efektif. Aku pernah terdengar kenyataan dari
rakan dan senior terdahulu,`belajar
degree kalau tak extent tu menipulah~’. Kenyataan itu sedikit sebanyak menakutkan
pelajar-pelajar baru termasuklah diri ini. Perlu diingatkan kepada pelajar baru
bahawa cara belajar peringkat degree
tidak sama seperti peringkat matrikulasi ataupun asasi. Ianya lebih mencabar.
Aku perlu sentiasa bertukar cara aku study
kerana aku mudah bosan dengan cara yang sama. Tambahan pula cara study bagi setiap individu berbeza. “Find the ideal study method that suit
yourself.”
Setelah beberapa tahun menjadi sebahagian
dari masyarakat KTSN, terlalu banyak perkara yang dapat dipelajari melalui
pemerhatian dan tunjuk ajar dari senior mahupun pensyarah yang menetap di kolej
ini. Walaubagaimanapun, terdapat juga banyak perkara yang aku masih belum belajar
dan aku berharap kehidupanku di KTSN ini dapat mengajar aku menjadi seorang
yang berjaya di dunia dan akhirat. Aku berazam setinggi mana aku menuntut ilmu aku
tidak akan melupakan jasa-jasa individu-individu yang telah membantu aku
sehingga aku dapat menuntut ilmu sehingga kini. Dari tadika ke sekolah rendah
dan menengah. Dari sekolah ke kolej matrikulasi. Dari kolej matrikulasi ke
universiti. Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada mereka.
by: Yasser
4 Komen:
Awak ambil kos apa ya kat ukm tu?
https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I
Salam.
Kepada;
Para akademik, para rektor universiti dan para mufti yang dimuliakan.
Tuan,
Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam dan hukum syarak oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" bagi tujuan kajian dan renungan.
Sila layari laman: almawaddah.info
Tidakkah Islam itu rahmatan li -Alamin?
Terima kasih.
Untuk renungan
Apakah mazhab Ahli Sunnah lebih tinggi dari al-Qur'an?
Bismillahir Rahmanir Rahim
https://keep.line.me/s/Dg9O1W5x3CyZh7KgLGITVNEy18cV76dX3C1YwDN9MQI
Web: almawaddah.info
Salam wa rahmah
Kepada;
Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.
Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan
Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin..?
Terima kasih wa 'afwan.
Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur
Malaysia.
.
Salam.
Kepada:
Yang dihormati para rektor universiti, para akademik, para agamawan dan para mahasiswa.
Bersama-sama ini disertakan sebuah rencana berjodol: Kebebasan beragama dan paksaan bermazhab di Malaysia untuk renungan. Diambil dari laman: almawaddah. info
Sekian, terima kasih wa afwan.
Daripada:
Pencinta al-Qur'an dan Perlembagaan Malaysia.
https://drive.google.com/file/d/1ceNbTDRqcvllijZqRRUHQiHEexIRVxDT/view?usp=drivesdk.
Post a Comment