Dr Yusuf
Al-Qardhawi menyebutkan bahawa demokrasi yang menurut Islam sebagaimana yang
telah dijalankan oleh negara-negara Islam pada hari ini bukanlah sebagaimana
yang dibawakan oleh pihak Barat. Akan tetapi demokrasi yang menurut Islam
adalah digunakan dalam sudut politik iaitu dalam memilih pemimpin, konsep
menasihati, amar makruf nahi mungkar dan konsep mesyuarat atau syura.
Membangunkan
negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat Islam secara menyeluruh
mesti melalui pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihanraya,
gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.
Berkata Al-Imam
As-Syahid Hassan Al-Banna :
“Memberikan
undian adalah suatu penyaksian, manusia, akan ditanya akannya (calon mana yang
akan dipilih dan kenapa), maka putuslah untuk memberikan undian berdasarkan
hati kamu dan akal kamu, dan jadilah orang yang membantu akan kebenaran dan
berani dalam memilih calon yang baik (serta amanah)”
Berdasarkan fatwa
yang telah dikeluarkan oleh Syeikhul Azhar Syeikh Ahmad Tayyin dan Mufti Mesir
Syeikh Ali Jumaah berkenaan dengan hukum mengundi, ia adalah wajib kerana ia
merupakan suatu penyaksian.
Sehubungan
dengan itu, Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan bahawa :
“Sesiapa yang
memberikan saksi (undian) kepada seorang yang tidak soleh bahawa lelaki
tersebut adalah soleh dan layak menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang yang
memberikan undi tersebut telah melakukan dosa dan kesalahan. Allah SWT
berfirman dalam Surah Al-Hajj pada ayat ke-30 yang bermaksud :
“Dan jauhilah
kekotoran syirik dan perkataan yang dusta (menipu)”
Maka sesiapa
yang mengundi seseorang calon kerana kepentingan peribadi seperti kroninya atau
kawannya atau kepentingan lain (selain Islam), maka ia telah melanggar konsep
saksi.
Allah menyuruh manusia
memberikan saksi keranaNya (kepentingan Islam) bukan sebab kepentingan lain.
Berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah At-Thalaq pada ayat ke-2 yang
bermaksud :
“Dan hendaklah
kamu menyempurnakan penyaksian itu kerana Allah semata-mata”
Dan sesiapa yang
tidak mengundi atau tidak memberikan undi kepada yang selayak dengan sengaja, ia
dikira telah menyembunyikan penyaksian dan ini bersalahan dengan perintah Allah
dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 283 yang bermaksud :
“Dan janganlah
kamu menyembunyikan penyaksian, maka sesiapa yang menyembunyikan penyaksian
sesungguhnya ia berdosa akan hatinya”
Wallahualam.
Selamat menunaikan kewajipan anda sebagai mahasiswa.
AHMAD KHIDHIR ISMAIL, PRESIDEN BADAR 14/15
MUSLIM PROFESIONAL PENERAJU UMMAH
PEMILIHAN MPP UKM 2014
1 Komen:
Ohhh.. baru tahu.. terima kasih BADAR..
Post a Comment