PENGENALAN

Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UKM KL) adalah sebuah persatuan kolej yang aktif bergerak menjalankan pelbagai program dan aktiviti islamik sepanjang tahun yang membina diri mahasiswa mahasiswi dari pelbagai aspek. Antara program dan aktiviti yang dijalankan adalah usrah, kuliah mingguan, dakwah lapangan, kempen, malam qiamullail, program ilmiah dengan kerjasama NGO luar, perkongsian ilmu di surau-surau blok kediaman antara sela solat Maghrib dan Isya'  dan pelbagai lagi selaras dengan slogan BADAR sesi 2014/2015 iaitu 
“Muslim Profesional Peneraju Ummah"

BADAR berusaha mendidik masyarakat Muslim UKM KL tentang ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dengan kefahaman salafussoleh dan tidak lupa juga menyantuni masyarakat bukan Muslim dalam aspek moral dan sivik.


TEMA

“Muslim Profesional Peneraju Ummah"


VISI

Membentuk biah Islam dan  generasi profesional berjiwa daie


MISI
  1. Melahirkan mahasiswa professional yang bertindak sebagai pemikir dan penggerak perubahan.
  2. Menjadikan tarbiyah sebagai tunjang pemantapan amal.
  3. Melaksanakan kefahaman dakwah secara menyeluruh.
  4. Memperkasakan pusat penyebaran maklumat ke arah informatif dan interaktif.
  5. Menerapkan kefahaman tentang konsep bersukan dan kebudayaan berlandaskan syariat Islam.
  6. Membentuk sistem penjanaan ekonomi kelab yang sistematik.

OBJEKTIF
  1. Membentuk ahli yang komited dan berfikir bersama pimpinan, serta memaknakan profesionalisme dalam gerak kerja.
  2. Melahirkan ahli yang menjiwai proses pentarbiyahan diri dalam semua aspek.
  3. Merancakkan program dan dakwah bersama mad’u bagi membentuk masyarakat berbi’ah solehah.
  4. Sebagai pusat penyebaran maklumat secara umum mahupun spesifik.
  5. Melaksanakan aktiviti sukan dan hiburan berpaksikan syariat islam.
  6. Membantu dalam usaha gerakan dakwah menerusi medium ekonomi.


PENDIRIAN BADAR

Berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-sunnah dengan kefahaman al-Salaf as-Soleh


PERINGATAN

Apa yang baik dan bermanfaat diblog ini maka terimalah. Seandainya ada kesilapan bolehlah menegur pihak BADAR dan perbetulkanlah kami dengan ilmu dan hikmah. Kami tidak menyeru semua pihak menerima bulat-bulat apa yang ada diblog ini tetapi apa yang ada diblog ini HANYALAH SEKADAR PERKONGSIAN. Kami menerima sebarang perbezaan pendapat selagi mana ianya berada pada ruangan yang dibenarkan syarak. 

BADAR berukhwah dengan mana-mana pihak serta bertoleransi dalam rangka mengajak ke jalan Allah tanpa mengira latar belakang organisasi mahupun perbezaan pendapat yang berlaku kerana ukhwah diukur pada sudut akidah bukannya jamaah, pendapat fiqh, mazhab ataupun lainnya. 

BADAR menyeru kepada setiap umat islam agar bersatu dan meneguhkan ukhwah yang dilandasi tolong-menolong dan nasihat-menasihati.


Sekian terima kasih.