Fiqh Semasa – Gaya & Psikologi
Penyampaian Dakwah / Tarbiah
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Allah SWT memerintahkan umat Islam menggalas
tugas dakwah sebagai kesinambungan risalah Kenabian yang berakhir dengan
kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabī’ al-Awwal 11H.
Dakwah sebagai mekanisme penyebaran Islam
berperanan menyampaikan Islam daripada satu generasi kepada satu generasi
hingga ke akhir zaman.
Allah memuji orang-orang yang berdakwah,
sebagai manusia yang berbicara dengan sebaik-baik perbicaraan.
Firman-Nya:
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal
yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam!”
[Fussilat 41: 33]
Walau bagaimanapun, dakwah perlu dilakukan
dengan cara yang menepati kriterianya. Dakwah diperintahkan oleh Allah agar
dilaksanakan dengan hikmah dan pengajaran-pengajaran yang baik.
Firman-Nya:
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah serta
pengajaran-pengajaran yang baik”
[al-Nahl 16: 125]
Dr. Salāh ‘Abd al-Fattāh al-Khālidī mengemukan
rumusan yang unik berkenaan pengertian hikmah dalam konteks dakwah. Beliau
berpendapat bahawa hikmah itu bermaksud:
“ Perkataan yang sesuai, untuk orang yang
sesuai, pada masa yang sesuai, dengan kadar yang sesuai dan menggunakan
pendekatan yang sesuai (Al-Khālidī 2007).”
Kesesuaian itu, menuntut seorang pendakwah
bukan sahaja memahami Islam yang hendak disampaikan, tetapi juga Muslim yang
hendak menerima dakwah tersebut.
Islam yang disampaikan itu, datangnya daripada
Allah dan bersifat Rabbani, manakala Muslim, juga non Muslim, yang hendak mengamalkan
Islam itu, adalah manusia ciptaan Allah dan bersifat manusiawi.
Atas
alasan ini, Sheikh Yūsuf al-Qaradhāwī di dalam karyanya Tsaqāfah al-Dā’iyah menggariskan bahawa salah satu
ilmu yang diperlukan oleh seorang Muslim untuk menyempurnakan peranannya
sebagai pendakwah adalah al-tsaqāfah al-insāniyyah atau ilmu-ilmu kemanusian.
Beliau
menyenaraikan 6 ilmu di bawah kategori ini, iaitu:
1. ‘Ilm al-nafs (psikologi)
2. ‘Ilm al-ijtimā’ (sosiologi)
3. ‘Ilm al-iqtisād (ekonomi)
4. ‘Ilm al-falsafah (falsafah)
5. ‘Ilm al-akhlāq (etika)
6. ‘Ilm al-tārīkh (sejarah)
1. ‘Ilm al-nafs (psikologi)
2. ‘Ilm al-ijtimā’ (sosiologi)
3. ‘Ilm al-iqtisād (ekonomi)
4. ‘Ilm al-falsafah (falsafah)
5. ‘Ilm al-akhlāq (etika)
6. ‘Ilm al-tārīkh (sejarah)
Sheikh Yūsuf
al-Qaradhāwī menegaskan bahawa penguasaan ilmu ini membantu seorang pendakwah
memahami manusia (Al-Qaradhāwi 1996).
Ia
bersesuaian dengan penerangan yang diberikan oleh Muhammad Abu al-Fath
al-Bayānūnī di dalam bukunya al-Madkhal ilā ‘Ilm al-Da’wah.
Beliau
membahagikan metodologi dakwah kepada tiga iaitu:
1. al-Manhaj al-‘Ātifī (metodologi emosional)
2. al-Manhaj al-‘Aqlī (metodologi rasional)
3. al-Manhaj al-Hissi (metodologi praktikal)
1. al-Manhaj al-‘Ātifī (metodologi emosional)
2. al-Manhaj al-‘Aqlī (metodologi rasional)
3. al-Manhaj al-Hissi (metodologi praktikal)
Al-Bayānūnī
menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan metodologi emosional itu adalah
metodologi dakwah yang memberikan fokus kepada hati, untuk menggerakkan
perasaan dan kemahuan (Al-Bayānūnī 1995).
Akan
bersambung ………
0 Komen:
Post a Comment