Saya ingin
mengetahui setakat mana kaitan Islam dengan sukan? Apakah adab dan peraturan
yang perlu dipatuhi oleh seseorang Muslim semasa bersukan?
Pertamanya, kami
ingin memaklumkan bahawa Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat
kepada manusia. Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk
kuat. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan
bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang
kuda.” Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam
letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan
mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: “Minda yang
cerdas bermula dari badan yang sihat.”
Sheikh `Atiyyah
Saqr, bekas Ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, menghuraikan sukan dan
adabnyadengan lebih terperinci dengan menyatakan yang berikut:
“Sejak zaman
silam, manusia telah mencipta pelbagai jenis latihan fizikal dan mencipta
pelbagai jenis sukan untuk menjadikan badan mereka kuat, dengan setiap
jenisnya mempunyai cara-cara dan matlamat tertentu. Satu bangsa yang
sebati dengan pergaduhan dan perperangan, sukan seperti angkat berat,
memanah dan beladiri menjadi kelaziman, sedangkan berenang menjadi sukan utama
bagi orang yang tinggal di tepi pantai laut. Di semenanjung Arab, manusia sukan
berburu dan menunggang kuda disebabkan keadaan mereka yang selalu mengembara
dan berpindah-randah.
Bagaimana Islam
Memandang Sukan?
Islam tidak
melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim di arahkan
supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak
mulia. Dalam Hadith, kita dapati:“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih
disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim) Badan yang kuat mampu
menunaikan kedua-dua tugas agama dan dunia. Islam tidak menerima apa-apa yang
mendorong kepada pengabaian tugas itu, kecuali dalam beberapa kes yang beberapa
kelonggaran di berikan supaya memudahkan penganutnya.
Kesan Sukan
Kepada Badan :
Di dalam kitabnya
yang terkenal ‘Zad-Al-Ma`aad’, Imam Ibnul-Qayyem menyatakan pergerakkan
ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan dengan cara
tabii. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan
melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai
dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan
sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan.
Sukan Yang Ada
dalam Ibadah Islam :
Dalam Islam, kita
melihat banyak ibadah Islam mengandungi sukan yang menolong badan mengekalkan
kekuatan fizikal apabila ia di amalkan dengan sempurna. Amalan ibadah Haji,
melawat saudara Muslim , melawat yang sakit, pergi dan balik ke masjid dan
terlibat dalam aktiviti sosial merupakan aktiviti bersukan.
Adab Bersukan
Dalam Islam :
Fakta Islam
menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar, fleksibel dan
lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Dalam hal ini, Islam
menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan
dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati.
Dalam menyokong
pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti hindari. Menang
dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam
memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara
manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak
sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang
kalah tidak boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka
mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada
masa depan, jika mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka.
Ini mengingatkan
kita akan peristiwa apabila seekor unta milik seorang badwi mengalahkan unta
betina Rasulullah yang sentiasa menang dalam perlumbaan, Muslim berduka-cita.
Mengulas hal itu, Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah
menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik
dan turun dan tiada keadaan yang kekal).” Rasulullah (SAW), membuat
kenyataan ini untuk mententeramkan perasaan mereka yang rasa
kekalahan untanya satu hakikat yang sukar diterima.
Dalam
pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawab
layanan baik.
Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan
ialah satu sifat munafik yang Rasulullah (SAW) rujuk apabila
bersabda: “Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang
betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan
dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan
sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia
tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau
(menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk.)”
Panduan untuk
Seseorang Muslim Dalam Bersukan:
1-Seseorang
Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong
meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.
2- Seseorang
Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara
menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak
misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.
3-Perasaan
fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada
kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang
menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.
4- Tidak
dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.
5-Islam tidak
membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina,
dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.
6-Islam menolak
semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan
kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai.
Lelaki
hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan
sebaliknya. Didalam Islam, tidak dibenarkan bagi wanita mengamalkan sukan yang
khas untuk lelaki.
Kesimpulannya,
sudah jelas yang semasa membenarkan sesuatu sebagai halal, Islam meletakkan
beberapa syarat yang bertujuan mengekalkan akhlak dan sesuai dengan
matlamat peraturan umum. Sukan hendaklah diamalkan dengan mengikuti
syarat-syarat ini supaya boleh mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak
dikehendaki. Peraturan umum dalam Shari`ah ialah apa-apa perbuatan yang
melampaui batas sama ada dalam makan, minum, berpakaian atau sebagainya, adalah
dilarang. Al-Qur’an mengisytiharkan:
“Hai orang yang beriman, janganlah
kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan
janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
melampaui batas.”(Al-Ma’idah: 87)”
0 Komen:
Post a Comment