"Khalil, jom ikut aku pergi usrah." Alif mengajak roommatenya yang sedang asyik bermain dota.
"Kau pergi la, tak nampak ke aku tengah berperang ni?"
Jawab Khalil sambil tangannya ligat menekan tetikus laptopnya.
Alif tersenyum.
"Daripada kau berperang depan laptop, baik kau berjihad dekat
Palestin, dapat juga pahala berganda. Jom la ikut aku pergi usrah. Bukan lama
pun." Alif memujuk lagi.
Khalil menekan butang pause lalu berpusing menghadap Alif. Gurauan Alif sedikit menyentuh hatinya.
"Aku bukan apa Alif. Aku segan la nak pergi usrah. Aku ni bukan
budak baik pun. Lain la kau, budak surau."
Alif terkedu mendengar luahan Khalil.
"Khalil, usrah tu bukan untuk golongan yang baik - baik sahaja,
bukan untuk budak - budak surau atau bertudung labuh sahaja. Usrah tu untuk sesiapa sahaja
yang ingin menjadi baik. Kita ni manusia, Khalil. Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Manusia
ini sentiasa berdosa. Bezanya, ada manusia yang menyesal lalu bertaubat. Namun ada
juga yang terus hanyut dalam dosa, tidak mengerti petunjuk yang Tuhan bagi."
Alif berhenti sejenak. Tiba-tiba dia merasa sebak. Khalil pun
terdiam sama. Setelah beberapa ketika, Alif menyambung.
“Aku sangat lemah dalam mentaati Allah. Sangat lemah sebab itulah
aku join usrah. Ada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi peringatan. Menegur ketika
aku salah. Mendekatkan aku pada pengertian islam sebenar. Dengan usrah, aku mampu
menghayati islam sebagai sebuah cara hidup. Bukan lagi islam hanya pada nama.
Tapi islam pada hati, akal dan jiwa."
“Realitinya, kehidupan di kampus ini semakin menjauhkan kita daripada
Allah jika kita tidak berusaha mencari jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya. Tiada
lagi subjek pendidikan islam yang memandu. Maka usrah inilah yang akan menjadi jalan
untuk kita menjadi hamba yang taat,” tambah Alif lagi.
“Bukankah Allah telah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 35
yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah
jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan
laranganNya) dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu
beroleh kejayaan.”
"Jalannya telah pun berada di hadapan kita. Tinggal lagi kemahuan
kita samada untuk mengambilnya atau meninggalkannya,” bahu sahabatnya disentuh lembut.
Alif menghelakan nafas. Panjang pula syarahannya.
Khalil yang khusyuk mendengar tiba-tiba tersengih.
"Dah macam ustaz aku tengok kau ni Alif. Siap dengan ayat quran lagi.
Haha. By the way Alif, thanks for the
lecture. Aku nak ikut kau pi usrah. Aku pun nak jadi hamba Allah yang
baik. Tunggu aku."
Khalil melangkah keluar ke bilik air. Mengambil wudhu'
barangkali. Alif gembira. Sungguh hidayah itu milik Allah. Akan dicampak ke dalam
hati sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.
"Alhamdulillah."
Pesanan penaja:
1) Daripada Anas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: " Semua anak Adam adalah berdosa. Sebaik-baik mereka yang
berdosa adalah mereka yang bertaubat." (Riwayat Ahmad)
2) Jom sertai Quranic Circle anjuran BADAR KTSN.
3) Jangan lupa ulangkaji pelajaran! Kalau rajin datang usrah,
study pun kena rajin.
4) Ayuh, cemerlang dunia akhirat!